Monday 7 March 2011

SEJARAH GEPIMA


Masyarakat India Muslim telah bertapak di negara ini sejak 1780. Pada awalnya, kedatangan mereka ke Tanah Melayu untuk tujuan berniaga dan menyebarkan ajaran Islam di Malaysia.
Masyarakat India Muslim turut berperanan dalam membangunkan ekonomi Tanah Melayu melalui bidang perniagaan seperti pengurusan restoran, barang kemas, tekstil, agensi pelancongan, perniagaan runcit dan sebagainya.
Kehidupan masyarakat India Muslim di Malaysia membolehkan golongan ini mengenali budaya dan adab masyarakat melayu tempatan.
Kini generasi masyarakat India Muslim semakin berkembang di tanah air ini, Justeru dengan perkembangan ini maka tertubuhnya idea untuk menubuhkan Persatuan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) sekitar awal tahun 1995. Setelah beberapa kali berbincang, merancang serta mengatur strategi akhirnya wujudlah Gepima yang didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara rasmi pada tahun 1996.
Gepima diberi mandat menjalankan aktiviti-aktiviti memupuk semangat di kalangan belia khususnya dalam membantu masyarakat India Muslim umumnya.
Gepima mendapat sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan jabatan-jabatan kerajaan.
Kini penaungnya ialah Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin manakala Pengasasnya  Mohamed B.Kathir Ali serta penasihatnya ialah Datuk Dr. Mohd Iqbal, Hishamudin Ubaidulla dan Mohamed B.Kathir Ali kini PRESIDEN KEBANGSAAN ialah En.SYED OSMAN BIN  MOHAMED

No comments:

Post a Comment