Monday, 21 March 2011
Thursday, 10 March 2011
Aktiviti Gepima
GEPIMA SENTIASA MENJALANKAN AKTIVITI - AKTIVITI SEPERTI CERAMAH AGAMA, DIALOG ANTARA BELIA DAN BELIAWANIS MENGENAI MASALAH - MASALAH SOSIAL, MAJLIS TILAWAH AL – QURAN, MOTIVASI PENDIDIKAN, HARI KELUARGA, SUKANEKA, BADMINTON, PROGRAM WANITA, KURSUS KEPIMPINAN RMK-9, BENGKEL UPSR, PMR DAN SPM, KEM KESIHATAN, KURSUS JENAZAH, SESSI DIALOG BERSAMA SAUDARA BARU, PROGRAM QIYAMUL LAIL DAN PROGRAM PENGUKUHAN AKHLAK BELIA. DENGAN ADANYA AKTIVITI- AKTIVITI YANG BERFAEDAH SEBEGINI, AKAN MEMBERI BANYAK MANFAAT KESEDARAN DAN PENGETAHUAN TERHADAP MASYARAKAT AM DAN KHUSUSNYA KEPADA BELIA DAN BELIAWANIS.
GEPIMA JUGA SENTIASA MENYERTAI PELBAGAI AKTIVITI – AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN - JABATAN KERAJAAN.
SUMBER KEWANGAN
· KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
· MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
· JABATAN-JABATAN KERAJAAN
· AHLI-AHLI KORPORAT
Our Visi
Ø MENGADAKAN KELAS BIMBINGAN BAHASA INGGERIS DAN KOMPUTER UNTUK BELIA & BELIAWANIS.
Ø MENGADAKAN PUSAT KHIDMAT UNTUK MENGATASI MASALAH-MASALAH SOSIAL.
Ø MENGALAKAN PENYERTAAN BELIA & BELIAWANIS DALAM SEMUA BIDANG PERNIAGAAN DAN PERUSAHAAN DI SEMUA PERINGKAT.
Ø MENYEDIAKAN KEMUDAHAN KOMPUTER DAN INTERNET DI SETIAP CAWANGAN NEGERI.
Ø MEMBINA WISMA GEPIMA DAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN UNTUK AKTIVITI-AKTIVITI SEPERTI DEWAN, BILIK KULIAH, RIADAH, PENGINAPAN, MUSALLA DAN PEJABAT SERTA RUANG-RUANG UNTUK DISEWAKAN BAGI TUJUAN MEMPEROLEHI PENDAPATAN UNTUK MENAJA PROGRAM BELIA & BELIAWANIS.
Our Misi
Ø MENYATU PADU DAN MENGEMBELING TENAGA BELIA INDIA MUSLIM SELURUHNYA DIDALAM MEMBANGUNKAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA.
Ø MEMBERI PENDIDIKAN ROHANI DAN JASMANI.
Ø MENGGALAKAN DAN MENGANJURKAN PENGAJIAN, LATIHAN DAN BIMBINGAN UNTUK BELIA DAN BELIAWANIS INDIA MUSLIM DALAM SEMUA LAPANGAN TERMASUK SOSIAL, PELAJARAN, KEBUDAYAAN, FALSAFAH DAN TEKNOLOGI.
Ø MENGGALAKKAN AHLI-AHLI BERGERAK KE ARAH KEHIDUPAN YANG SEMPURNA BERASAKAN SIFAT-SIFAT SEPERTI HORMAT DIRI, BERDIKARI, BERDISPLIN DAN BERTANGGUNGJAWAB.
Ø MELAHIRKAN SATU BANGSA YANG BERSATU, BERILMU, BERIMAN DAN BERDAULAT.
Sejarah Gepima
PERGERAKAN BELIA INDIA MUSLIM MALAYSIA ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN GEPIMA TELAH DITUBUHKAN PADA 23HB JULAI 1995 DAN DIDAFTARKAN SECARA RASMINYA PADA 23HB APRIL 1996 (NO. PENDAFTARAN 2373/96 W.P). DAN KINI GEPIMA JUGA DIDAFTAR SEBAGAI PERTUBUHAN BELIA DIBAWAH AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007 (NO. PENDAFTARAN PPBM 0016/08). PELANCARAN GEPIMA TELAH DISEMPURNAKAN OLEH Y.B. TAN SRI DATO’ MUHYIDDIN YASSIN PADA 23HB JUN 1996, SELAKU MENTERI BELIA & SUKAN MALAYSIA PADA MASA ITU. KINI PENAUNG GEPIMA IALAH Y.BHG. DATO’ HAJI ZAINAL ABIDIN ZIN, BEKAS TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN. PENASIHAT KEHORMATNYA IALAH Y.BHG. DATO’ DR. HAJI MOHD IQBAL DAN Y.BHG. TUAN HISHAMUDIN BIN TAN SRI DATO’ HJ. S.O.K UBAIDULLA. PENGASAS IALAH Y.BHG. TUAN MOHAMED BIN KATHIR ALI, B.C.M. DAN PRESIDEN KEBANGSAAN GEPIMA IALAH Y.BHG. ENCIK SYED OSMAN BIN MOHAMED.
DENGAN PERASMIAN INI MAKA GEPIMA BERLANDASKAN AL-QURAN & SUNNAH RASULULLAH S.A.W. TELAH DIBERI MANDAT UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MEMUPUK SEMANGAT DIKALANGAN BELIA DAN BELIAWANIS KHUSUSNYA DAN MASYARAKAT INDIA MUSLIM UMUMNYA.
GEPIMA JUGA DIBERI SOKONGAN PENUH OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN, JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN DAN SELANGOR SERTA SEMUA JABATAN KERAJAAN.
GEPIMA JUGA MENJADI AHLI GABUNGAN MAJLIS BELIA MALAYSIA DAN WILAYAH PERSEKUTUAN.
GEPIMA JUGA AHLI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA DAN WILAYAH PERSEKUTUAN.
GEPIMA JUGA MEMPUNYAI 7 CAWANGAN NEGERI:-
- NEGERI JOHOR
- NEGERI MELAKA
- NEGERI KUALA LUMPUR
- NEGERI SELANGOR
- NEGERI PERAK
- NEGERI PULAU PINANG
- NEGERI TERANGGANU.
Monday, 7 March 2011
SOKONGAN
), Majlis Belia Wilayah Persekutu
Gepima mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan jabatan-jabatan kerajaan.
an dan jabatan-jabatan kerajaan.
Gepima mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Belia Malaysia (MBM), Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan jabatan-jabatan kerajaan.
an dan jabatan-jabatan kerajaan.
SASARAN GEPIMA
Sasaran GEPIMA untuk mendirikan sebuah bangunan wisma Gepima dalam usaha mempertingkatkan segala kemudahan untuk aktiviti seperti dewan serbaguna, surau, bilik kuliah, tempat riadah, penginapan dan pejabat perniagaan untuk disewa bagi tujuan untuk memperolehi pendapatan untuk membantu para belia dan beliawanis.
Subscribe to:
Posts (Atom)